Tuesday, February 4, 2014

Sasaran PENGHARUM 2014



PENGHARUM akan lebih bersemangat dalam menyumbangkan kepada kemajuan industri gaharu di Malaysia pada tahun 2014 ini. Marilah kita sama-sama menjadikan ia suatu realiti.



Saturday, February 1, 2014

Mesyuarat Agung PENGHARUM 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua Ahli PENGHARUM dan bakal-bakal ahli PENGHARUM,

Alhamdullilah pada tanggal 26 Januari 2014 yang lepas, PENGHARUM telah menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan 2014 bertempat di Nusa Orchard, Kuala Sungai Baru, Melaka. Dengan kehadiran melebihi 40 orang, mesyuarat berjalan lancar dan tamat pada pukul 1 tengahari. Walaupun ramai ahli yang tidak dapat menghadirkan diri, namun begitu InshaAllah segala maklumat akan dimaklumkan dari masa ke semasa di blog PENGHARUM MALAYSIA ini. 




Pada Mesyuarat Agung ini juga ahli jawatankuasa yang baru telah dilantik. Berikut adalah Ahli Jawatankuasa yang baru PENGHARUM 2014 :

AJK Tertinggi
Presiden : Dato Dahlan Bin Taha
Timbalan Presiden : Datuk Hj Abdul Razak Bin Ali
Setiausaha : Cik Aminah Binti Md Saad
Pen Setiausaha : En Abbas Bin Alias
Bendahari : En Roslan Bin Ali

AJK 
1) En Rushdi Bin Maseri
2) Dr Rahim Bin Samat
3) En Zulkifli Jaafar

Pemeriksa Kira-kira 
1) En Halim Bin Ismail
2) En Ahmad Termizi Bin Piah

Kepada yang berminat untuk menjadi Ahli PENGHARUM anda boleh lah emailkan kepada pengharummalaysia@gmail.com supaya kami boleh emailkan borang keahlian sementara borang keahlian online dibangunkan. Satu senarai program-program anjuran PENGHARUM akan dikeluarkan dan akan dikemaskini di blog ini dari masa ke semasa. Harap semua ahli dapat FOLLOW blog ini atau LIKE fanpage untuk maklumat terkini.

Ribuan terima kasih kepada Timbalan Presiden, Datuk Hj Abdul Razak Bin Ali atas kesudian menyediakan tempat dan makanan bagi mesyuarat kali ini.