Monday, March 17, 2014

Tarikh Kursus Gaharu PENGHARUM

Perhatian buat semua ahli PENGHARUM,

Di sini dinyatakan tarikh bagi kursus yang akan diadakan oleh PENGHARUM bagi tahun 2014. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan mana-mana ahli jawatankuasa PENGHARUM. Kepada mana-mana ahli PENGHARUM yang belum membuat pembayaran anda dikehendaki menghubungi Bendahari En Roslan 0192275886. Untuk pengetahuan anda Yuran Pendaftaran ahli adalah sebanyak RM50 manakala yuran tahunan RM 30. Bagi yang baru mendaftar, anda dikehendaki membuat pembayaran sebanyak RM 80. 




Anda juga boleh email sebarang permasalahan berkaitan gaharu di pengharummalaysia@gmail.com

Sekian.

Tuesday, March 11, 2014

Dialog Industri Gaharu 2014

Pada 10 Mac 2014 yang lalu, pihak MTIB telah mengambil inisiatif melaksanakan satu dialog yang bertujuan mengumpulkan semua pemain industri, agensi, persatuan, penanam dan semua pihak yang terlibat dengan industri gaharu. PENGHARUM telah menghantar 6 orang wakil untuk dialog kali ini. Alhamdulilah dialog yang bermula pada jam 9 pagi ini berakhir dengan jayanya pada 1 tengahari. Namun jelas kelihatan masih banyak persoalan yang perlu dibincangkan kerana masih ramai yang ingin menyuarakan soalan/pandangan namun masa tidak mencukupi. InshaAllah pada entri yang akan datang saya akan berkongsikan dengan semua berkenaan intipati Dialog ini.







Dalam masa terdekat ini, saya akan kemaskini jadual kursus gaharu 2014 bagi PENGHARUM. Kepada yang berminat boleh alert dengan tarikh-tarikh yang akan diberikan ini.

-Setiausaha-