Tuesday, March 11, 2014

Dialog Industri Gaharu 2014

Pada 10 Mac 2014 yang lalu, pihak MTIB telah mengambil inisiatif melaksanakan satu dialog yang bertujuan mengumpulkan semua pemain industri, agensi, persatuan, penanam dan semua pihak yang terlibat dengan industri gaharu. PENGHARUM telah menghantar 6 orang wakil untuk dialog kali ini. Alhamdulilah dialog yang bermula pada jam 9 pagi ini berakhir dengan jayanya pada 1 tengahari. Namun jelas kelihatan masih banyak persoalan yang perlu dibincangkan kerana masih ramai yang ingin menyuarakan soalan/pandangan namun masa tidak mencukupi. InshaAllah pada entri yang akan datang saya akan berkongsikan dengan semua berkenaan intipati Dialog ini.







Dalam masa terdekat ini, saya akan kemaskini jadual kursus gaharu 2014 bagi PENGHARUM. Kepada yang berminat boleh alert dengan tarikh-tarikh yang akan diberikan ini.

-Setiausaha-

No comments:

Post a Comment